Ilham
Matahari dah menyembunyikan diri di balik wajah malam. Cengkerik pun mula menyanyi. Malam ni tak hujanlah kut. Tasawuf Moden, karya Hamka diletak sahaja di atas meja belajar. Tingkap bilik dibuka. Terasa angin malam menyerbu wajahnya.
Rasanya hobi lama dia dah datang balik. Tengok langit malam. Banyaknya bintang. Indah. Damai. Rasa macam ni tak ada kat bandar metropolitan. Betul ke? Atau damai sebab petang tadi?
Ish merepek betul. Sejak bila pula makna kedamaian hatinya bertukar? Cepat-cepat dia menggeleng, cuba menghapuskan ingatan pada wajah itu.
Rasanya dia sudah bulat dengan keputusannya sejak empat tahun lalu. Semua orang maklum dan dia tak ada rasa untuk mengubahnya. Titik.

Comments
Post a Comment