Melembutkan Hati
Selalu diri berdoa agar orang tersayang dilembutkan hati, digerakkan anggota badannya beribadah kepada Allah. Hingga terlupa pula berdoa agar hati sendiri dilunakkan untuk terus taat mengerjakan kebaikan dan menambah amalan.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
Justeru, diri berkongsi sepotong doa agar bersama hati 'dilunakkan' untuk terus taat. Kerana kekasih Allah (Nabi Muhammad saw) dalam sabdanya,
“Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka akan buruk seluruh tubuh manusia, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati manusia.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Ayuh bersama hayati dan amalkan cara ini.
Pertama: Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21
Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.
Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani"
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air.
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Boleh diamalkan untuk melembutkan hati sendiri. Jika digunakan untuk diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
Dipetik dari blog asmarpunyablog.blogspot.com
Comments
Post a Comment