Balance
Balance? Haha... Mengapa tiba2 ada topik pasal balance? Sebenarnya mau cakap pasal keseimbangan... bukan baki duit dalam akaun. Hahaha.
Rasanya sejak semakin besar ni, mencabar betul mau cari keseimbangan dalam hidup. Macam cari duit. Kita perlu duit. Tapi dalam masa sama, kita kena seimbangkan waktu dengan keluarga, (sebenarnya kena letak Allah yang pertama), dan kawan-kawan.
Tapi tu perkara mencabar. Bukan senang. Tapi nda mustahil.
Macam cari keseimbangan dengan Allah. Kita disuruh cari rezeki. Tapi jangan sampai abaikan Dia. Kalau duit banyak tapi solat tak jaga, tiada keseimbangan. Walhal Allah yang bagi rezeki.
Kalau kita kata kita bergantung pada kudrat dan usaha, siapa bagi kita keduanya? Allah kan? Sebab tu mencari titik keseimbangan dalam hidup penting. Dunia di tangan, akhirat di hati.
Lepas tu, keluarga pula. Ada keluarga yang kaya raya dan bahagia. Ada juga yang kaya tapi merana. Ya, mungkin keseimbangan dalam perkara pertama ada kekurangannya. Tapi tiada istilah terlambat memperbaiki selagi belum mati. Ada juga yang susah dan berusaha keras baiki hidup sehingga lupakan keluarga. Baginya dia bekerja untuk kebahagiaan keluarga sehingga lupa perlu memberi perhatian. Akhirnya bila dia sudah ada segala, keluarganya melupakannya.
Begitu juga dengan kawan-kawan... Kadang diri dimamah kesibukan sehingga lupa hatta mengucapkan salam dan bertanya khabar. Akhirnya semua sepi dan hilang.
Kuncinya, seimbangkan perhubungan dengan Allah, insya-Allah semuanya akan baik2 sahaja.

Comments
Post a Comment