Sesal

Dia memilih begitu.
Tapi mengapa hati ngilu?
Hanya ingin memiliki atau...
Sudahnya,
Cuba lontarkan resah pada awan.
Ia pulang ke hati
Cuba bicara pada dedaunan.
Ia bisu.
Kerana hati milik Dia.
Pulangkan saja.
Jika takdir menentu,
Kau kan terima di dalam pangku.

Comments

Popular Posts